Saturday, March 09, 2013

Negativity -

Aku ada banyak sangat benda yang bermain dalam fikiran aku. Tapi tak terluahkan.
Aku ada banyak sangat benda yang aku nak buat. Tapi tak terbuat sebab takut tak kekal apa yang aku buat.
Dan aku dah rasa putus asa.

Betul lah. Kalau hidup dalam persekitaran negatif, kita pun akan jadi negatif. -__-"

Tuesday, February 12, 2013

Dont cross your leg.

Tajuk memang takde kena-mengena dengan isi. Aku kan memang failed bab-bab tajuk ni. Dah lama gila tak menulis. I busy u. Gambar pergi GDA hari tu pun tak transfer lagi. OHh biarla kenangan tengok Yonghwa, Hongki, GDragon, KARA, Miss A, t-ara, and ramai-ramai la lagi tu semua disimpan dalam hati. Marya Hana sila jeles! I dapat tenung Yonghwa lama-lama =P





Chenta dah 4 bulan lebih. Lagi seminggu genap 5 bulan. Sekejap je dah besar. Sekarang baru 4 bulan pun dah pandai macam-macam perangai. Especially bab berjalan! Biasalah seminggu sebelum keluar perut pun mama dia dah bawak dia gi tawaf OU. Hihi.


Chenta suka sangat bila dipakaikan cantik-cantik sebab nanti dia ingat orang nak bawak dia gi jalan. 



Sekarang dah pandai nak main stereng! Suka sangat duduk dekat tempat driver tu nak drive sama-sama.



Nak main buai sambil duduk sambil kaki bersilang.



Dont blame me!! Chenta yang nak strawberry tu atas kepala dia okey!!! HAHa



Bangun tidur pagi-pagi je dah sengih-sengih comel buat orang geram!!



Budak kecik ni sangat sukakan kamera!! Suka sangat bila orang snap pic dia!



Sekarang dah pandai naik walker. 



And of course Chenta tersangatlah suka pelamin sampai yak-yak atas pelamin tu. hahaha



Ohhh misi aku nak potong rambut akhirnya berjaya jugak!! Walaupun sayang dengan rambut curl ala-ala artis tu kononnnnyaaaaaa...tapi keguguran terlampau mengatasi segalanya. Akhirnya rambut terpaksa dipendekkan sebab tak larat dah bangun tidur bersepah-sepah rambut aku. Paling tak best bila tengah main agah-agah Chenta rambut gugur atas muka dia T__T


Chenta terkejut tengok rambut mama dah pendek.


Kelmarin, wedding my bestfriend!! Teman panjat pagar dan teman ponteng kelas akhirnya selamat menjadi someone's wife!! Congratz babe!!! Sekarang status tiga teman baik ni semua dah tukar ke married. hikhik :)

Bestfriend Since form 3 =)


And us at my cousin's engagement ceremony =)

Thursday, January 17, 2013

Cengkering??

Korang tau tak apa itu cengkering? tak tau sila google. kita zaman dunia hujung jari semua nya nak main google je. kalau boleh buat karangan UPSR pun nak google jugak. LOL. okey. mengarut.

Cengkering, chicken pox dan demam campak. Aku tak tau sama ada tiga-tiga ni ada bezanya atau semua sama tapi berbeza dari segi perkataan yang digunakan sebab nak bagi sedap sikit atau ikut negeri-negeri atau pun memang ada beza dari segi bintik-bintik yang tumbuh tu. Again......please google. I is too lazy and too tired and too sleepy to google and write it here. yes. that 3 things (lazy, tired, sleepy) = me.

Aku tak tau sama ada aku pernah kena cengkering ni ke tak. Seingat pengalaman aku yang ada dalam otak aku ni, memang takde memori aku kena cengkering tu. Tapi mak aku cakap aku dah pernah kena masa kecik dulu.  Tapi last 2 weeks, Chenta kena demam campak!! Seriously sangat kesian budak 3 bulan kena demam campak. Bayangkan, kalau orang dewasa pun tak tahan sakitnya inikan pulak budak besar tu. Tapi Chenta sangat kuat sebab tak meragam sangat and hanya sekali je yang dia menangis teruk sebab masa tu banyak sangat keluar dan demam sangatlah tinggi!

Demam Chenta cecah 39'C sampaikan doktor terus masukkan ubat ikut punggung (aku tak ingat apa orang panggil ubat yang masuk ikut punggung tu walaupun aku dah pernah belajar -__-"). Chenta menangis je masa demam dia tinggi tu. And bila dah dapat ubat tu, demam dia terus turun. Alhamdulillah :')

Masa ni baru tumbuh dua bijik bawah bibir and atas kepala.
And aku ingat masa ni sebab kulit dia sensitif.


Esoknya, bertambah-tambah banyak yang tumbuh dekat badan dia. Terus abah balik rumah aki mintak kan air jampi. And petang tu terus bawak Chenta pergi klinik sebab nak doktor sahkan betul ke demam campak. Sebab masa ni Chenta still tak berapa demam lagi.

Esoknya, demam demam dan demam. Makan ubat, kebah. Hilang je kesan ubat, demam balik. Last-last esok pagi-paginya aku bawak Chenta pergi klinik tempat dia dilahirkan tu. 


demam. tapi still nak jalan-jalan.



yang bawah bibir tu sangat lah.
berlubang ok. 



Masa ni lepas dah baik demam and dah start kering.


Chenta meragam bila dia panas je. Start demam ni dia suka sangat tidur dalam aircond dan sangatlah sejuk. Bagi aku memang beku lah. Tapi bagi dia memang tak. Sebab kan berbedung and selimut lagi. Dia sedap je tidur sambil buat muka jebot.